Album Foto Bersejarah Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi



Menyaksikan aktivitas Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi melalui foto-foto bersejarah ini, kita dapat merasakan kekuatan tekad dan kecintaan beliau pada Islam, umat Islam serta umat manusia tanpa mengenal batas ras dan agama.

Abuya tak pernah lelah bermusafir dan berdakwah, mengajak manusia pada Islam dan keindahan hidup dalam Islam.

Klik pada link di bawah ini untuk mengunjungi:

Album Foto Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi

Pemikiran Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi

Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi dikenali ribuan orang melalui pemikirannya yang jernih dalam menggambarkan Islam yang berwibawa namun indah dan penuh kasih sayang.
Berikut ini beberapa dari banyak buku berisi pemikiran Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi yang dapat di-download:
1. Aqidah Mukmin 1
2. Aqidah Mukmin 2
3. Aqidah Mukmin 3
4. Mengenal Diri Melalui Rasa Hati
5. Iman dan Persoalannya
6. Ibadah Menurut Islam
7. Kasih Sayang Kunci Perpaduan Sejagat
8. Kenapa Salahkan Musuh
9. Inilah Pandanganku
10. Langkah-Langkah Perjuangan
11. Renungan Untuk Mengubah Sikap
12. Manusia Tidak Memiliki dan Tidak Dimiliki
13. Inilah Sikap Kita
14. Taqwa
15. Buah Fikiran Ustaz Hj Ashaari Muhammad
16. Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia
17. Kumpulan Sajak Tauhid
18. Kumpulan Sajak Tasawuf
19. Kumpulan Sajak Perjuangan dan Umum
20. Diakah Mujaddid di Kurun Ini?
21. Love & Care: The Key to Universal Unity

Semoga dengan membaca buku-buku ini kita dapat lebih mengenal sosok ulama besar ini.


Nasyid Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi

Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi dikenal sebagai pelopor Nasyid Islam di Asia Tenggara. Beliau adalah juga penulis sajak yang amat produktif. Nasyid-Nasyid ini merupakan sajak-sajak buah karya Abuya sendiri.

Video Clip
Kalau Tuhan Dikenali (Mawaddah)
Terima Kasih Tuhan (Mawaddah)
Inilah Dia Allah (Mawaddah)
Asykuruka Ya Rabbi (Mawaddah)
Asykuruka Ya Rasulullah (Mawaddah)
Rasa Bertuhan (Arabic) (Mawaddah)
Allah Cinta Agungku (Qatrunnada)
Apakah Engkau Benar Pejuang? (Qatrunnada)



Untuk menikmati nasyid-nasyid lain yang jumlahnya mencapai ratusan, yang liriknya merupakan sajak-sajak Abuya untuk mendidik sekaligus menghadiahkan pada masyarakat suatu hiburan yang hakiki, yaitu hiburan yang tidak melalaikan hati manusia dari mengingat Allah dan mengagungkan Allah serta memupuk kerinduan ummat Islam pada Nabinya yang mulia, silakan nikmati di Radio Nur Muhammad, radio streaming yang memutar nasyid-nasyid Abuya.

PC
Silakan kunjungi:  http://radio.nurmuhammad.net

Blackberry
Download aplikasi “Nux Radio” dari Blackberry App World. Cari “Radio Nur Muhammad” di aplikasi Nux Radio.

Android
Download aplikasi “TuneIn Radio” dari Google Play Store. Dari aplikasi TuneIn Radio ini, cari “Radio Nur Muhammad”.

TV ISLAM: TV NUR MUHAMMAD




TV Nur Muhammad: Saluran Ruh Suci dan Sex Suci Islam
Waktu Siaran Streaming TV Nur Muhammad:
Indonesia: 07:00-10:00 | 12:00-15:00 | 19:00-22:00 (WIB)
Malaysia: 08:00-11:00 | 13:00-16:00 | 20:00-23:00



TV RSA: Saluran Ruh Suci dan Sex Suci Islam



Sejarah Hidup dan Perjuangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi


Abuya Ashaari Muhammad adalah seorang warganegara Malaysia yang mempunyai kisah hidup yang berlainan dari orang lain. Membaca riwayat hidupnya, anda akan menemukan sesuatu yang berfaedah untuk hidup anda. Kerana di dalamnya penuh pengajaran dan didikan yang datang dari Allah. Kalau bukan kuasa Allah-lah, rasanya tidak mungkin semua itu boleh berlaku kepada dirinya.

1. Suatu hari di tahun 80-an, di Masjid Lembah Pantai, Universiti Malaya, seorang tua berumur 80 tahun tersembam di pangkuannya selepas sembahyang Isyak. Orang ramai penuh di dalam masjid untuk mendengar kuliah daripada Abuya Ashaari Muhammad. Orang tua itu Embah Mahmud namanya. Dia berasal dari Johor.
Dengan air mata yang bercucuran dia berkata, “Sudah enam puluh tahun saya menunggu dan mencari kamu. Sekarang bertemulah sudah, dengan kuasa Allah.”
Air matanya membasahi baju Abuya Ashaari Muhammad. Embah itu berkata lagi, “Waktu saya berumur 20 tahun, saya pernah semajlis dengan Embah Agung (Syeikh Suhaimi). Dia menepuk belakang saya sambil berkata, “Perjuangan saya nanti akan disambung oleh seorang yang bernama Ashaari bin Muhammad. Kamu akan berjumpa dengan dia nanti, Mud.”
Embah Mahmud menyambung dengan berkata, “Apa yang saya dengar waktu itu (sekitar 1920-an) saya catat dan saya nak buktikan. Sekarang kata-kata itu telah terbukti.”

2. Pada hari Abuya Ashaari Muhammad dilahirkan oleh ibunya, ayahnya bermimpi berada di laut bersama bayi lelaki kecil yang baru lahir itu dan berlumba berenang. Si bayi berenang laju menyeberang laut. Sedangkan si ayah tidak mampu mengejarnya. Bila mimpi itu diceritakan kepada gurunya Kiyai Syahid, maka Kiyai Syahid berkata, “Anakmu ini ada `masa depan’. Aku telah namakan anak engkau itu Ashaari bin Muhammad.” (Cuma dalam pendaftaran, namanya dieja Asaari bin Mohamad.)

3. Ketika berumur 5 tahun (tahun 1942), Abuya Ashaari Muhammad sudah berkeinginan untuk memperjuangkan Islam dan benci dengan hal-hal yang bercanggah dengan Islam. Padahal tempat tinggalnya jauh di kawasan pedalaman yang dikelilingi hutan iaitu di Pilin, Negeri Sembilan. Waktu itu Jepun memerintah Tanah Melayu. Suasana persekitaran adalah tidak munasabah untuk menimbulkan rasa ingin memperjuangkan Islam, lebih-lebih lagi bagi seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

4. Dilahirkan dari ibu dan ayah kandung yang kedua-duanya beramal dengan tarekat yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi. Datuknya sebelah ayah, datang dari Yaman dan berdarahkan Bani Tamim. Kelahirannya dari keturunan wali-wali Allah, maka tidak hairanlah beliau mempunyai hati dan jiwa yang cintakan Islam dan kebenaran sedari kecilnya.

5. Waktu bersekolah rendah lagi, tanpa disuruh oleh sesiapa, Abuya Ashaari Muhammad suka memakai songkok. Apatah lagi bila meningkat remaja dan dewasa, beliau merupakan seorang Melayu yang tidak pernah membuka serban walau ke mana, bila dan dengan siapa.

6. Berumur 13 tahun, beliau sudah menjadi pengamal tarekat. Dia diijazahkan oleh pak ciknya, Syeikh (Lebai) Ibrahim, seorang guru di Pilin yang warak lagi soleh. Waraknya Syeikh Ibrahim, kalau ada kenduri kahwin berserta ronggeng dan joget di kampungnya, beliau akan keluar selama seminggu dari Kampung Pilin kerana takutkan bala Allah menimpa kampung dan tidak mahu bersubahat.

7. Bapa Abuya, Muhammad bin Idris adalah seorang pegawai kastam yang berpendidikan Inggeris tapi wataknya seorang ulama. Berguru dengan Kiyai Syahid yang bertaraf khalifah di dalam Jemaah Muhammadiah pimpinan Sayidi Syeikh Suhaimi. Beliau tidak pernah berhutang, tidak pernah ke hospital, tidak pernah berbahasa Inggeris walaupun tahu bahasa itu dan bekerja dengan orang putih. Sewaktu budaknya, di Segambut, beliau masih bersekolah lagi, Muhammad ini mengalami kejadian ajaib iaitu tiga kali mati. Yakni beliau disahkan mati, tetapi ketika dikapankan atau hendak dikebumikan, hidup kembali. Hal ini berlaku sebanyak tiga kali.

8. Pada tahun 1954, Abuya Ashaari Muhammad berpindah dari Segambut, Kuala Lumpur ke Kuala Klang, Selangor. Beliau tinggal di berek kastam bersama ayah dan ibu tiri. Abuya Ashaari Muhammad memilih untuk bersekolah agama di Maahad Hishamuddin, Klang sejarak 7 batu dari Kuala Klang. Walhal semua anak-anak kastam bersekolah di sekolah Inggeris yang juga ada di Klang.

9. Abuya Ashaari Muhammad diminta menjadi guru agama di madrasah kastam waktu berumur 18 tahun dan beliau mengajar di situ selama dua tahun. Ayahnya menghalang dari diberi gaji kepada beliau.

10. Tahun 1958 hingga 1968 beliau menyertai parti PAS. Pernah bergiat dalam Jamiah Dakwatul Islamiyah selama empat tahun. Bersama jemaah Ikhwan (Malaysia) selama setahun. Di dalam Tabligh selama setahun. Ikut Anwar Ibrahim dalam Abim, juga setahun. Semua badan Islam yang disertainya itu dirasakan tidak secocok dengan fikiran dan perasaannya. Maka semuanya ditinggalkannya.

11. Menziarahi ke pondok-pondok di Malaysia dan semua pesantren-pesantren besar di Indonesia untuk mencari apa yang diidamkannya sejak kecil, pun tidak ketemu.

12. Sejak remajanya, beliau mengkaji kitab-kitab yang memperkatakan tentang perjuangan Islam di akhir zaman (ketika umat Islam sudah begitu jauh ditinggalkan Rasulullah SAW). Abuya Ashaari Muhammad menemukan dua perkara besar tentang dasar perjuangan Islam iaitu:
a. Islam akan bangkit kali kedua di akhir zaman.
b. Pemimpin bagi kebangkitan itu ialah Imam Mahdi. Pewaris peribadi dan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

13. Guru-guru Quran, Hadis dan bahasa Arabnya ialah sembilan orang.
Demi menguasai ilmu, Abuya Ashaari Muhammad telah mencari sendiri kelas-kelas tuisyen dengan guru-gurunya. Salah satu kelas tuisyennya ialah pada pukul 12 malam, yang guru tuisyennya adalah nazir sekolahnya, Ustaz Haji Hakim bin Az Zahari, seorang ulama terkenal waktu itu. Kelas itu berjalan selama 2 tahun.

14. Untuk ke sekolah agama dan ke kelas tuisyen itu, Abuya Ashaari Muhammad akan mengayuh basikal sejauh 7 batu pergi dan 7 batu balik. Kalau lepas sekolah pagi, beliau balik ke rumah, maknanya untuk ke kelas tuisyen dia terpaksa mengayuh basikal lagi untuk round kedua; pergi balik 14 batu lagi. Selalunya beliau akan berehat atau tidur di masjid saja. Waktu malam bersama kawan. Esok pagi terus ke sekolah.

15. Begitu rapat dengan ibu tirinya dan disayangi oleh ibu tirinya. Abuya Ashaari Muhammad digelar oleh kaum-kaum ibu di berek kastam itu sebagai `anak dara Bedah’ (ibu tirinya) sebab sanggup buat kerja-kerja dapur seperti pergi ke pasar, masak, cuci rumah, basuh dan seterika pakaian setiap pagi. Sebelum pergi ke surau di berek kastam itu untuk azan, Abuya Ashaari Muhammad akan masak air dulu. Balik dari surau buatkan air minum, kemudian baru ke sekolah. Selalunya dia tidur di surau. Walaupun ramai anak-anak gadis pegawai kastam yang sebaya dengan Abuya Ashaari Muhammad tapi oleh kerana terlalu malu, dia tidak pernah bercakap dengan mereka menyebabkan mereka sangat hormat kepadanya.

16. Walaupun beliau anak pegawai kastam, kehidupan di rumah agak selesa makan minumnya tapi ayahnya melatihnya hidup miskin di luar rumah. Sebulan pergi sekolah cuma dapat RM3.00, pakaian dua pasang dan ketika dia mengajar di berek kastam, ayahnya minta supaya dia jangan diberi gaji. Oleh kerana biasa dengan kemiskinan dan kesusahan, membuatkan Abuya tahan menanggung ujian-ujian dan kreatif berusaha untuk mencipta kejayaan-kejayaan.

17. Ketika aktif dalam PAS di Tanjung Karang, bersama ahli-ahli di sana, beliau bangunkan sekolah dewasa, sekolah Arab, kedai makan, mini market dan bakeri (menghasilkan roti yang dipasarkan ke 17 tempat).
Oleh kerana bukanlah cara PAS Pusat untuk membangunkan Islam dengan cara yang sedemikian, maka Abuya Ashaari Muhammad tidak mendapat sokongan dari Pusat.

18. Beliau dipindahkan kerja ke Datok Keramat, Kuala Lumpur. Sempat membuka 17 markas PAS untuk Kuala Lumpur. Di umur 27 tahun, dilantik menjadi AJK Dewan Ulama PAS dan Exco PAS Selangor.

19. Umur 31 tahun, menjadi pemimpin Jemaah Darul Arqam. Yakni sesudah puas mencari pemimpin di mana-mana, tidak dijumpai seperti yang diinginkan atau yang difahaminya. Islam dengan gaya Arqam itulah benar-benar pilihannya. Yakni Islam yang membawa sistem hidup Al Quran dan As Sunnah, yang akan bangkit kali kedua yang mana pemimpin sebenarnya ialah Imam Mahdi. Harapannya biar dialah yang mencuba mengasaskan gerakan itu.

20. Dalam kajiannya melalui guru-guru dan kitab-kitab, Imam Mahdi itu seorang lelaki yang dighaibkan Allah yang akan zahir semula, sepertimana Allah akan turunkan Nabi Isa semula dari ghaibnya. Imam Mahdi yang bernama, berbapa dan beribu seperti Rasulullah itu pada Abuya Ashaari Muhammad adalah satu-satunya manusia yang mampu Islamkan dunia kali kedua seperti yang dibuat oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Tanpa Imam Mahdi, tidak akan ada seorang pun pemimpin dunia Islam yang mampu buat kerja-kerja yang besar itu.

21. Memimpin Darul Arqam selama 25 tahun tanpa ditukar ganti pemimpinnya. Ini kerana kepimpinannya dan jemaahnya tiada pilihan raya atau mesyuarat agung. Dia dijadikan pemimpin bukan oleh undi. Tapi diterima dari hati pengikut-pengikutnya. Sistem tukar ganti pemimpin setiap beberapa tahun tidak berlaku kerana pengikut atau anak muridnya tidak ada seorang pun yang mahu atau mampu mengambil alih jawatan itu. Ada yang cuba cabar seperti Akhbar Anang, Mokhtar Yaakob dan Halim Abbas, tetapi mereka kecundang dengan sendirinya.

22. Allah SWT telah takdirkan Darul Arqam dihancurkan oleh kerajaan menggunakan ISA. Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan memberi kerjasama. Keyakinannya bahawa Allah pasti menguji pejuang- pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian adalah penghapusan dosa. Penentang akan terhukum. Setelah 10 tahun berlalu, Abuya dibebaskan dari ISA. Sedangkan melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd., jemaah Abuya yang baru itu menjadi lebih baik daripada jemaah Darul Arqam. Syarikat perniagaan itu dibangunkan sewaktu Abuya Ashaari Muhammad dibuang daerah (RO) oleh ISA. Ertinya, akta tersebut tidaklah sezalim yang disangka kerana terhadap Abuya, budi bicaranya telah membolehkan Abuya hidupkan semula perniagaannya. Bahkan Abuya berterima kasih kepada ISA kerana hasil proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya. Abuya merasakan tidak ruginya 10 tahun dalam tahanan ISA. Ia dibayar oleh Allah dengan menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam Hadhari oleh Perdana Menteri baru. Rufaqa’ mendapat peluang-peluang istimewa dalam negara baru ini.

23. Bekas anak murid Abuya Ashaari Muhammad ada yang menentang beliau semenjak Arqam diharamkan, konon mahu hancurkan Abuya. Tapi ternyata usaha-usaha mereka yang hancur. Para pemerhati berkata, “Allah bersama Abuya bilamana penentang-penentangnya cuba menghancurkan Abuya dan perjuangannya. Bahkan mereka yang hancur. Hinggakan nak cari makan pun susah.”

24. Penentang-penentang itu juga sebenarnya mahu membangunkan jemaah baru dengan mengambil pengikut-pengikut Abuya. Namun kenyataannya, mereka tidak mampu membangunkan jemaah. Di waktu jemaah Abuya membesar semula, mereka makin berpecah belah. Bahkan rumah tangga mereka turut berpecah belah terutama yang berpoligami semasa ikut Abuya. Rumah tangga poligami pun tidak dapat dipertahankan bilamana tidak bersama Abuya.

25. Lebih mencengangkan para penentang Abuya Ashaari Muhammad ialah di waktu mereka tidak mampu untuk membangunkan apa-apa, jemaah Abuya yang mereka halang itu boleh berkembang sampai ke luar negara. Sedangkan tiada siapa menghalang mereka. Namun mereka tidak boleh membangunkan apa-apa. Ertinya, kuasa Allah itu tetap berlaku, tidak boleh dibekaskan (memberi kesan) oleh usaha-usaha manusia yang menghalang atau tidak dihalang.

26. Realiti hidup Abuya Ashaari Muhammad sebenarnya tidaklah dia itu berusaha keras untuk hidup dunianya. Sementelahan dia sudah berumur 68 tahun. Sakit-sakit pula. Dia tiada rumah sendiri, tiada wang simpanan di bank, tiada harta, keretanya pun bukan milik peribadi. Aktivitinya cuma mengeluarkan minda-minda (buah-buah fikiran) dan beribadah. Namun kelihatan peribadinya, keluarga dan jemaahnya begitu kaya. Taraf hidupnya mendekati standard raja-raja atau sultan-sultan di dunia. Rezeki jenis ini sesungguhnya Allah peruntukkan kepada orang-orang yang full time dengan-Nya.

27. Di dalam ISA, keadaannya sangat tidak memungkinkan jemaahnya hidup kembali. Namun ianya hidup. Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat, lagilah tidak mungkin pengaruhnya membesar. Namun kenyataannya; yang menggemparkan para pemerhati; bahawa dalam kesakitannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam atau di luar negara. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu memberi kesan.

28. Tetamu-tetamu Abuya Ashaari Muhammad bukan sebarang orang. Mereka bukan hanya dari dalam negara tetapi juga dari jauh seperti England, Perancis, Jerman, Maghribi, Syria, Jordan, Turki, Arab Saudi, Australia, Uzbekistan, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Di antara mereka ada rektor, jurutera, ahli korporat, pemimpin tarekat, para ulama, pemimpin politik, jeneral tentera, kerabat diraja serta lain-lainnya. Mereka datang sama ada sebagai individu atau berkumpulan. Hal ini sebenarnya mustahil boleh berlaku pada orang biasa. Tapi Allah-lah yang melakukan untuknya. Antara tetamu itu adalah:
Dari Mesir:
1. Dr Ali Muthawwi, pensyarah Universiti Al Azhar
2. Dr Abd Rahman Al `Adawy, pensyarah Universiti Al Azhar
3. Dr Abd Jawwad Khalaf Abdul Jawwad, mudir Universiti Dirasat Islam
4. Amir Fahd Syeikh Tarekat Dandarawiyah
Dari Jordan:
1. Dr Syeikh Noh, Timbalan Menteri Agama Emirate
2. Dr Hishamuddin As Sulthon Attamimi, Timbalan Rektor Universiti Al Bait
3. Dr Badar, ahli korporat
4. Dr Abu Mush`ab, ahli korporat hartanah
5. Dr Abdul Salaan `Abbady, Rektor Universiti Al Bait
6. Dr Adam Noh, pensyarah Universiti Yarmuk
Dari Maghribi:
1. Dr Abdus Salam Harras, ketua Gabungan Islam Ulama Afrika Utara
2. Dr Abdullah Kanun
3. Syeikh Al `Iraqi
Dari Syria:
1. Dr Solahuddin Al Kaftaru, Presiden Yayasan Kaftaru
2. Dr Badi`ul, pensyarah universiti
3. Dr Hasan Bugha, pensyarah universiti

29. Kita umat Islam sangat beruntung kerana dikurniakan seorang Nabi dan Rasul akhir zaman yang tidak perlu membaca dan menulis untuk menguasai ilmu. Nabi junjungan yang Ummiy itu, Nabi Muhammad SAW, diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melalui malaikat Jibril), tanpa perlu membaca dan menulis. Gemparlah dunia Arab, Rom dan Parsi kerana kejadian ini. Di mana seorang yang direndahkan tapi menjadi sepandai-pandai manusia. Kuasa Allah diciptakan kepada orang-Nya. Demikian Abuya Ashaari Muhammad ini. Diperkecilkan orang alim zamannya tentang dirinya yang dikatakan tiada autoriti keilmuan. Namun kini Abuya Ashaari Muhammad muncul sebagai penulis dan pejuang ilmu yang cukup global. Ilmu yang dikeluarkannya besar-besar belaka, yang menyuluh dalam semua aspek hidup. Ilmu itu pula bukan hanya tinggal sekadar ilmu, tetapi zahir sebagai sistem hidup Islam yang dipraktikkan olehnya dan jemaahnya. Beratus-ratus sudah tajuk-tajuk buku dan kuliah Abuya, manakala sajak-sajak dan madah beribu-ribu banyaknya. Beliau juga mempunyai kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah dakwah dan tarbiah yang berbeza-beza tajuknya semenjak beliau muda hinggalah ke umur tuanya. Setiap minggu Abuya Ashaari Muhammad membawa tajuk baru kepada pengikutnya. Ilmunya ternyata bertambah-tambah dan berkembang-kembang dari masa ke semasa.

30. Hasil daripada ilmu yang diilhamkan kepadanya, bersama kekuatan ibadah dan taqwanya, Abuya Ashaari Muhammad kini mempunyai 700 rangkaian projek dalam sistem hidup Islam bermodalkan Tuhan yang diperjuangkan ke seluruh dunia. Rangkaian sistem ini terdapat di Malaysia, Thailand, Singapura, Australia, Jordan, Syria, Perancis, Jerman dan Mesir.

31[. Abuya Ashaari Muhammad dilihat begitu kaya, namun dia sebenarnya boleh disenaraikan sebagai seorang yang miskin. Layak menerima zakat kerana rezekinya tiada sumber yang tetap. Istilahnya dia miskin tapi kaya. Kaya tapi miskin. Peribadi beginilah yang dilahirkan oleh Islam yang selamat di dunia dan tiada hisab di Akhirat. Sebab yang kaya bukan peribadi tapi jemaahnya. Masyarakat boleh menumpang kekayaannya.

32. Orang yang sayang padanya terlalu sayang. Manakala yang benci terlalulah benci. Sayangnya orang kepadanya sampai sanggup berkorban habis-habisan dan hidup mati digunakan untuk ikut membantu perjuangannya. Komitmen begini membolehkan Abuya Ashaari Muhammad membangunkan jemaahnya tanpa meminjam dengan bank dan tidak berhutang. Taat setia yang dibuktikan oleh pengikut begitu luar biasa hinggakan semua arahan beliau untuk perjuangan Islam semua terlaksana.
Sebaliknya, bagi mereka yang benci pula tidak mampu mengawal diri kerana rasa benci yang keterlaluan (hingga sanggup menyihir Abuya dan pengikutnya) adalah kerana Allah mahu dedahkan musuh-musuh atau penentang-penentang itu semuanya. Juga supaya mereka dapat menilai diri dan masyarakat juga dapat menilai, setelah menghancurkan jemaah Abuya, mana jemaah perjuangan mereka yang boleh mereka buat lebih baik lagi, demi agama, bangsa dan negara Islam?

33. Ada orang marahkan Abuya kerana suka buat ramalan. “Mengapa berpegang kepada ramalan?” kata mereka. Mari kita berfikir begini:
Dalam Islam, kepada penganut-penganut yang setia terhadap sumpah setianya kepada Allah dan Rasul, maka di antara anugerah yang Allah akan beri kepada mereka dan tidak pada hamba-hamba selainnya ialah:
i. Mimpi yang benar.
ii. Khasyaf hati yang tembus.
iii. Mendapat berita-berita ghaib (yang belum terjadi tapi akan terjadi) melalui talian-talian roh seperti ilham, yaqazah dan mimpi.
Contoh-contohnya adalah sebagaimana yang pernah terjadi kepada nabi-nabi, rasul-rasul dan wali-wali Allah. Bacalah sejarah, kita akan dapat melihat bagaimana Tuhan memberi bantuan dengan berita-berita ghaib yang bakal berlaku. Tapi ingat, ia berbeza dengan Nostradermos dan suku-sakatnya yang juga dapat berita ghaib melalui syaitan sebab syaitan itu di antara kerjanya mencuri-curi berita dari langit.
Sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad termasuk orang yang direzekikan Allah dengan berita-berita ghaib ini. Kita bertuah kerana boleh menumpang manfaatnya sama. Di antara berita-berita besar yang dianugerahkan Allah kepada beliau tentang Malaysia yang telah pun terjadi ialah:
• Pemerintahan di Malaysia oleh Mahathir dan Anwar akan jatuh.
• Ekonomi akan jatuh.
• Tentang Amerika, Abuya Ashaari Muhammad berkata, kuasa besar itu akan jatuh lumpuh dan selepas Perang Teluk, Islam akan kembali gemilang.
Kalau begitu, mari kita ambil perhatian dengan apa pula yang dikatakan yang belum terjadi:
i. Malaysia akan jadi negara Islam yang diperintah oleh bukan orang politik.
ii. Asia akan bersatu dengan Malaysia, membantu negara Islam.
iii. Kebangkitan kali kedua ke seluruh dunia bermula dari Malaysia.
iv. Imam Mahdi akan muncul di Mekah.
v. Orang Melayu akan menawan Palestin dan Masjidil Aqsa.

34. Abuya terlalu yakin dengan adanya peranan Tuhan yang Maha Kaya dalam membantu kebangkitan Islam. Abuya bangunkan perjuangannya betul-betul bermodalkan Tuhan. Telah dibuktikan oleh beliau, setiap pejuang yang sanggup baiki diri dengan taqwa, sembahyang malam, bertaubat, tebus dosa (bersedekah), berkasih sayang, wirid dan doa, nescaya Allah akan tunaikan janji-Nya.

35. Ilmu yang global dan sistem hidup Islam yang global yang diasaskan oleh Abuya Ashaari Muhammad setakat ini ialah:
• Sistem kepercayaan (akidah) dalam diri pengikut-pengikutnya.
• Sistem ibadah dan akhlak dalam kehidupan.
• Sistem kekeluargaan besar dan kecil (poligami). Tidak takut mempunyai anak ramai.
• Sistem pendidikan di peringkat tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak.
• Sistem sosial dalam keluarga, jemaah dan masyarakat.
• Sistem kewangan tanpa riba dan tipu daya.
• Sistem ekonomi yang bermoral dan membela
• Sistem kebudayaan yang mendidik dan menghiburkan.
• Sistem pertanian dan penternakan.
• Sistem penerbitan yang menuju Tuhan.
• Sistem pembangunan material yang cepat dan murah.
• Sistem perkahwinan yang tidak membebankan.
• Sistem pengeluaran yang mudah.
• Sistem perhubungan antarabangsa. Bangsa asing pun boleh terima.
• Sistem dakwah, motivasi dan kaunseling yang percuma. Ramai orang masuk Islam di tangannya. Antaranya dari Sabah, Thailand, China, Uzbekistan dan Filipina.
• Sistem kebajikan Islam.
• Sistem kebersihan dan kesihatan standard Tuhan (yakni mengikut ukuran syariat yang Tuhan tetapkan).
• Sistem perjuangan dan pengorbanan tanpa kepentingan.
• Sistem kasih sayang dan perpaduan yang diikat di antara hati-hati insan.

36. Jemaah Abuya dan perjuangannya bukan untuk Malaysia sahaja, tidak untuk orang Melayu Islam sahaja dan tidak untuk Rufaqa’ semata-mata. Atas nama Allah dan Rasul, Abuya diterima di kalangan UMNO, PAS, Keadilan, kaum Cina, India dan lain-lain. Semua ini boleh bersatu di majlis Abuya atau dalam jemaah Abuya. Bahkan Abuya juga mengikat warga Sarawak, Australia, Jordan, Perancis dan lain-lain untuk jadi macam keluarga dengannya. Keupayaan menyatu-padukan semua golongan ini bukan kecil harganya. Di waktu manusia berpecah belah sekalipun dalam satu keluarga, maka kalau ada orang boleh mengikat semua golongan, ia adalah satu anugerah besar Tuhan seperti apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW yang menyatukan kaumnya, yang sebelum itu berperangan antara satu sama lain.

37. Di antara ramai tokoh, pemimpin, usahawan, jutawan, ilmuwan, karyawan, budayawan dan lain-lain, di tangan masing-masing terjadilah pembangunan-pembangunan material yang luar biasa. Namun Abuya berjaya menghasilkan `Bandar’ yang lain dari yang lain iaitu sebuah `Bandar’ dengan sistem hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Dengan kata-kata lain, Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem model itu adalah penghasilan yang patut ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan. Mencantumkan material dan rohani dalam satu diri untuk dapatkan peribadi agung dan bangsa yang agung yang praktikal adalah kerja paling sukar yang Allah tidak rezekikan kepada filasuf dan ahli-ahli dunia, melainkan kepada rasul-rasul dan mujaddid-mujaddid.
38. Satu lagi ciri-ciri mujaddid ialah dia tidak dapat dihalang oleh penentang-penentangnya. Ada yang beranggapan Abuya sudah gagal dan akan gagal kerana jemaah Arqam sudah dihancurkan dan dia ditangkap serta dihukum. Sebenarnya, sejarah Rasulullah SAW sendiri beberapa kali dapat `dihancurkan’ iaitu:
i. Dikepung di Bani Syuaib selama tiga tahun.
ii. Ketika hijrah, jemaah di Mekah hancur.
iii. Ketika perjanjian Hudaibiah, pasukan Rasulullah ditewaskan.
iv. Ketika di medan perang, Rasulullah SAW pernah patah gigi dan luka-luka.
Adapun maksud tidak dapat dihalang oleh para penentang itu ialah sebenarnya dia dapat melepasi semua halangan dan akhirnya perjuangannya dapat menguasai suasana.

39. Asas bagi keajaiban di dalam jemaahnya adalah kerana Abuya Ashaari Muhammad mempunyai peribadi yang ajaib. Di waktu orang tidak lagi pedulikan Tuhan kerana terlalu cintakan dunia, Abuya Ashaari Muhammad meletakkan Tuhan (Allah SWT) sebagai cinta agungnya. Dengan maksud, seagung-agung cinta itu adalah datang dari Tuhan dan untuk Tuhan. Ertinya merasakan terlalu besarnya cinta kepada Tuhan. Dengan kata lain, hidup matinya semua hanyalah untuk dan kerana Tuhan. Lihatlah jadual dan program hidupnya yakni sepenuh masanya dengan Tuhan, Allah Rabbul `Alamin.

40. Demi membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW, Abuya Ashaari Muhammad mengambil gaya hidup poligami untuk meramaikan umat. Kerja yang amat sukar, yang tidak ramai orang lelaki lakukan iaitu poligami secara terbuka dan mempunyai seramai-ramai anak. Itulah yang cuba dibuktikan. Tidak hanya untuk dirinya, tetapi juga kepada semua anak-anaknya. Tiga belas orang anaknya yang berumah tangga sudah berpoligami. Menjadikan bilangan anggota keluarganya, isteri, campur anak, campur menantu, campur cucu ialah lebih dua ratus orang. Dan semuanya itu adalah anggota jemaahnya. Tiada seorang anaknya yang tidak ikut perjuangannya. Stail hidup ini ditiru pula oleh pengikut-pengikutnya.

41. Percintaannya dengan Tuhan dapat dilihat dalam dua bentuk:
i. Berhabis-habisan dalam mempromosi Tuhan.
ii. Membesar-besarkan dan mengutamakan kehendak-kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak.

42. Orang memperkecilkannya kerana tidak banyak bawa nas dan tidak kuat ibadah. Walhal Abuya Ashaari Muhammad mempunyai perilaku yang jauh lebih agung dari itu kerana dia mampu melaksanakan nas Al Quran dan Al Hadis. Nas bukan untuk dihafal tapi untuk diamalkan dalam kehidupan. Manakala ibadah adalah untuk bertaqwa kepada Allah. Kalau hati sudah penuh dengan takut dan cinta Allah, bukankah itu sebesar-besar ibadah?

43. Bukti bahawa Abuya amat menghayati Allah dan Rasul ialah bila dilihat pada akhlaknya, yakni beliau adalah seorang yang zuhud, sabar, berani, pemurah, kasih sayang, tawakal, tawadhuk, pemaaf, pemalu, menghormati tetamu, membela jiran, menjaga anak buah dan menziarahi manusia. Tidak mahu memakai seluar panjang tanpa kain pelekat kerana malukan auratnya hingga beliau sentiasa berkain pelekat ke mana-mana. Beliau mendoakan musuh-musuhnya. Beliau menegakkan kebenaran di hadapan pemerintah dan sistem sekular. Orang berkata beliau mengambil kepentingan dan menzalimi anak buah. Walhal kenyataan sebenarnya ialah dia pemimpin yang sanggup miskin untuk menumpangkan kekayaan lahir batin kepada anak buah.

44. Terkumpul pada dirinya watak-watak diri yang berbagai-bagai: suami yang bertanggungjawab, pemimpin yang berwibawa, guru yang dicontohi, bapa yang bijaksana, kawan yang setia, ibu tempat bermanja, tempat rujuk dan tempat mengadu. Abuya Ashaari Muhammad menjadikan dirinya tempat orang meminta tolong. Sehingga orang yang mengenalinya akan berkata dialah ibu, ayah, guru, pemimpin, kawan dan suami yang dicintai isteri-isterinya.

45. Semua kesenangan hampir dimilikinya dan semua jenis ujian kesusahan pun dirasakan Tuhan kepadanya. Dia boleh dikatakan manusia yang paling disusah-susahkan Allah di zaman ini. Hidupnya bertahap, tidak melompat. Semua jenis kenderaan dipakainya. Dari yang serendah-rendah kepada yang secanggih-canggih. Semua jenis rumah tempat tinggal didudukinya. Dari yang sedaif-daifnya hingga ke semoden-modennya. Semua jenis kelompok manusia digaulinya dan pernah dicampuri dari serendah-rendah sampai ke setinggi-tingginya. Demikianlah Abuya Ashaari Muhammad dikayakan Tuhan sesungguh-sungguhnya.

46. Direzekikan mengembara ke 3/4 dunia untuk berkenalan dengan kaum-kaum di dunia. Bertahun-tahun menetap di negara-negara luar hingga faham betul watak, budaya, agama, masyarakat dan pemimpin di negara-negara di dunia.

47. Terdapat enam ulama besar dunia yang menyokong perjuangannya. Dua orang di Turki, seorang di Iraq, seorang di Madinah, seorang di Maghribi, seorang di Jordan. Mereka semuanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengikut yang ramai. Ada di antaranya yang mempunyai pengikut jutaan orang di seluruh dunia. Mereka ialah Sidi Abdul Nasir, Syeikh Shammar, Sidi Dr. Salam Al Harras, Syeikh Abdul Jabbar, Syeikh Mahmood dan Syeikh Haidar.

48. Imam Mahdi dalam program dan strategi mengislamkan dunia ini semula; menurut Abuya Ashaari Muhammad; dia sedang memulakan tapaknya menggunakan tangan orang kanannya Al Fata At Tamimi. Abuya yakin orang kanan itu ialah dirinya. Namun siapa-siapa pun boleh mencuba sehingga Allah akan mengesahkannya. Tentang inilah masyarakat jadi keliru dibuatnya. Ada orang yang mengatakan Abuya mengambil kesempatan mencari kepentingan peribadi. Walhal menurut Abuya Ashaari Muhammad, “Ingat saya tak malu ke nak mengaku-ngaku? Allah kalau hantarkan duta-dutanya ke bumi, tentu Dia beritahu orang itu, `Awak wakil Saya,’ lalu hati orang itu didorong-dorong untuk memaklumkannya kepada dunia.”
Namun apa pun, bersabarlah kita untuk sama-sama melihat apakah pengakuannya benar atau tidak, iaitu dengan melihat apakah dalam umurnya dia sempat mendapat daulah Islamiah yang dijanjikan itu.


Sifat Bani Tamim


1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya; Hadith Rasul SAW yang bererti:“ Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihNya Bani Adam (manusia – sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih dari kalangan Bani Adam itu; bangsa Arab, kemudian memilih daripada Bangsa Arab itu, Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy “.

2. Asal mereka daripada anak cucu Mudhor; Imam Bukhori ketika memperkatakan Nasab Rasulullah SAW menyatakan:Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka’ab ibni Lu’aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibni Ma’add ibni Adnan. Suku Quraisy: drpd Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor. Suku Tamim: Drpd Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni Ilyas ibni Mudhor.

3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab: “ Bani Tamim adalah daripada keturunan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim Alaihi mas salam”

4. Ibnu Hazm menyatakan bahawa: “ Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehingga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya …. Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wilayah…. “

Hadith Nabi SAW : “ Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dlm mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman “ Sabda Nabi SAW:“ Bani Tamim merupakan golongan dari ummatku yang amat memusuhi Dajjal “.

Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa; “ Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim diakhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya”.

Hadith Nabi SAW: “Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalui jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim”.Hadith Nabi SAW juga menyebutkan: “Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain”.

Imam Ibnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim iaitu: “ Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahilliah hingga zaman Islam sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan“.

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan: “Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ”. Sabda Nabi SAW:“ Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami”Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.

Imam At-Tabrani menyatakan: “Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajjal diakhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan, ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan perjuangan mereka”.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat: Yang bererti:“ Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat “, lantas ketika itu Baginda SAW. menyeru: “ wahai Bani Fihr, Wahai Bani ‘Adiey”,…memanggil kelompok asal umat arab iaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim…” Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. Bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda.


Janji Allah akan kedatangan seorang Putra bani Tamim yang merintis kedatangan Imamul Mahdi


Baiklah berikut artikel mengenai Pemuda Bani Tamim.
1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putera Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan). Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu’bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu’aibun bererti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahAwa PutEra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya peribadi Syuaib itu adalah:

* Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
* Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
* Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
* Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.

Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:

* Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.
* Baik keperibadiannya iaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
* Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.
* Baik keturunannya iaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
* Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
* Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.
* Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai ideA yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
* Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu

Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawapannya:

* Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di’apa-apa’kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencuba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.
* Supaya umat Islam berusaha mencari identiti sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
* Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putera Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.
* Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putera Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.
* Untuk menipu pihak musuh Islam. Kerana tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.

2. Dia berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim

Iaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestine dan Jordan. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.

Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait kerana Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeza pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz kerana telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, iaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri kerana diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.

Ada ulama yang menyatakan:

* Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
* Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
* Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
* Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.
* Semua keturunan Abdul Manaf adalah Ahlul Bait.

Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.

Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeza. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.


Juga sabda beliau: “Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali) seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan seksama. Maka apabila kamu ingin melihatnya, maka wajiblah kamu bersama dengan Putera Bani Tamim, sesungguhnya dia datang dari sebelah timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (HR. At Thabrani)

Dari Tsauban ra. katanya Rasulullah saw. bersabda, “Panji-panji Hitam akan datang dari arah timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Siapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” (HR. Ibnu Majah, Al Hakim, Ahmad, Al Hafiz Abu Nuaim)

Jelas dalam hadis-hadis ini Rasulullah menjanjikan bahwa di akhir zaman Islam akan bangkit kembali dari arah timur dengan dipimpin oleh seorang keturunan Baginda saw. yang bergelar Imam Mahdi. Nama aslinya adalah Muhammad bin Abdullah, persis seperti nama Baginda saw. Dan jika kita ingin menyertainya, kita harus bersama dengan seorang yang bergelar Putra Bani Tamim yang datang dari timur meskipun terpaksa menempuh kesukaran (“merangkak di atas salju”). Putera Bani Tamim ini membawa panji-panji hitam (bendera pasukan Islam di masa Rasulullah saw.), yaitu sebuah perlambang bahwa dia akan membawa sebuah sistem hidup yang mencontoh sistem hidup Rasulullah saw. dalam segala aspek.

Rasulullah saw. dalam hadis-hadis lain juga menceritakan bahwa Imam Mahdi adalah seorang yang bertaraf khalifah. Kemunculan beliau akan terjadi setelah orang-orang dari timur (Putra Bani Tamim dan para pengikutnya) mempersiapkan tapak pemerintahannya.

Putra Bani Tamim dan Satrio Piningit Adalah Orang Yang Sama


Terdapat seorang tokoh pemimpin dari Pulau Jawa yaitu Prabu Jayabaya yang menulis tentang gambaran masa depan Nusantara. Beliau menulis tentang munculnya Satria Piningit yang akan menyelamatkan Nusantara. Oleh kerana beliau menyebutkan sesuatu yang belum terjadi, maka kata-kata beliau itu dinamakan  ‘jangka’ atau ramalan. Ramalan-ramalan itu dibukukan dalam ‘serat’ atau kitab.

Ramalan Jayabaya dalam Kitab Musarar

Maharaja Jayabhaya adalah raja Kadiri yang memerintah sekitar tahun 1135-1157 M. Pada masa itu khilafah Islam diperintah oleh empayar Abbasiyah Seljuk yang berpusat di Damaskus. Prabu Jayabaya adalah tokoh yang identik dengan ramalan masa depan Nusantara. Terdapat beberapa naskah yang berisi “Ramalan Jayabaya”, antara lain Serat Jayabaya Musarar,  Serat Pranitiwakya, dan lain sebagainya.

Dikisahkan dalam Serat Jayabaya berjudul Musarar, pada suatu hari Jayabaya berguru pada seorang ulama bernama Maolana Ngali Samsujen (Maulana Ali Samsudin) yang dalam kitab itu disebut berasal dari ‘nagari Rum’. Nagari Rum yang dimaksudkan ialah Damaskus yang merupakan bekas pusat pemerintahan empayar Rom. Dari ulama tersebut, Jayabaya mendapat gambaran tentang keadaan Pulau Jawa sejak zaman Aji Saka (zaman Jawa mula bertamadun) sehinggalah hari Kiamat.

Nama kitab MUSARAR mungkin berasal dari bahasa Arab, Musirrun yang bererti menyimpan rahsia. Dalam kitab itu juga disebut riyal (mata wang empayar Islam) iaitu dalam ayat yang menggambarkan suasana zaman kezaliman sebelum zahirnya Satria Piningit: “akeh manungsa ngutamkake reyal, lali sanak lali kadang” (banyak manusia mengutamakan riyal, lupa sanak saudara).

Dari nama guru, nama kitab dan kandungan kitab tersebut dapat diketahui  bahawa Raja Jayabaya berguru kepada ulama Islam yang berbahasa Arab berasal dari Damaskus. Naskah kitab tersebut ditulis pada zaman berkembangnya Islam di Pulau Jawa. Sangat munasabah bahawa Maulana Ali Samsudin adalah ulama dari pusat empayar Islam di Damaskus yang datang ke Nusantara untuk membuktikan sabda Rasulullah tentang jadual Allah bahawa Islam akan bangkit dari Timur oleh Pemuda Bani Tamim. Dia mencari pemuda (satria) itu atau  mempersiapkan tapak bagi kezahiran pemuda itu.
Maka ilmu dan berita tentang pemuda itu diajarkan atau diwariskan kepada muridnya iaitu Raja Jayabaya.   Tidak mustahil juga bahawa Jayabaya telah memeluk Islam kerana Islam sebenarnya telah mula masuk ke Pulau Jawa sejak zaman Khalifah Usman Ibn Affan r.a. pada abad pertama Hijriah (644-658 M).



Dari Bait Terakhir Jangka Jayabaya

140.
polahe wong Jawa kaya gabah diinteri
endi sing bener endi sing sejati
para tapa padha ora wani
padha wedi ngajarake piwulang adi
salah-salah anemani pati

tingkah laku orang Jawa seperti gabah ditampi
mana yang benar mana yang asli
para pertapa semua tak berani
takut menyampaikan ajaran benar
salah-salah dapat menemui ajal

141.
banjir bandang ana ngendi-endi
gunung njeblug tan anjarwani, tan angimpeni
gehtinge kepathi-pati marang pandhita kang oleh pati geni
marga wedi kapiyak wadine sapa sira sing sayekti

banjir bandang dimana-mana
gunung meletus tidak dinyana-nyana, tidak ada isyarat dahulu
sangat benci terhadap pendeta yang bertapa, tanpa makan dan tidur
karena takut bakal terbongkar rahasianya siapa anda sebenarnya

142.
pancen wolak-waliking jaman
amenangi jaman edan
ora edan ora kumanan
sing waras padha nggagas
wong tani padha ditaleni
wong dora padha ura-ura
beja-bejane sing lali,
isih beja kang eling lan waspadha

sungguh zaman gonjang-ganjing
menyaksikan zaman gila
tidak ikut gila tidak dapat bagian
yang sehat pada olah pikir
para petani dibelenggu
para pembohong bersuka ria
beruntunglah bagi yang lupa,
masih beruntung yang ingat dan waspada

143.
ratu ora netepi janji
musna kuwasa lan prabawane
akeh omah ndhuwur kuda
wong padha mangan wong
kayu gligan lan wesi hiya padha doyan
dirasa enak kaya roti bolu
yen wengi padha ora bisa turu 

raja tidak menepati janji
kehilangan kekuasaan dan kewibawaannya
banyak rumah di atas kuda
orang makan sesamanya
kayu gelondongan dan besi juga dimakan
katanya enak serasa kue bolu
malam hari semua tak bisa tidur

144.
sing edan padha bisa dandan
sing ambangkang padha bisa
nggalang omah gedong magrong-magrong

yang gila dapat berdandan
yang membangkang semua dapat
membangun rumah, gedung-gedung megah

145.
wong dagang barang sangsaya laris, bandhane ludes
akeh wong mati kaliren gisining panganan
akeh wong nyekel bendha ning uriping sengsara

orang berdagang barang makin laris tapi hartanya makin habis
banyak orang mati kelaparan di samping makanan
banyak orang berharta namun hidupnya sengsara

146.
wong waras lan adil uripe ngenes lan kepencil
sing ora abisa maling digethingi
sing pinter duraka dadi kanca
wong bener sangsaya thenger-thenger
wong salah sangsaya bungah
akeh bandha musna tan karuan larine
akeh pangkat lan drajat padha minggat tan karuan sebabe

orang waras dan adil hidupnya memprihatinkan dan terkucil
yang tidak dapat mencuri dibenci
yang pintar curang jadi teman
orang jujur semakin tak berkutik
orang salah makin pongah
banyak harta musnah tak jelas larinya
banyak pangkat dan kedudukan lepas tanpa sebab

147.
bumi sangsaya suwe sangsaya mengkeret
sakilan bumi dipajeki
wong wadon nganggo panganggo lanang
iku pertandhane yen bakal nemoni
wolak-walike zaman

bumi semakin lama semakin sempit
sejengkal tanah kena pajak
wanita memakai pakaian laki-laki
itu pertanda bakal terjadinya
zaman gonjang-ganjing

148.
akeh wong janji ora ditepati
akeh wong nglanggar sumpahe dhewe
manungsa padha seneng ngalap,
tan anindakake hukuming Allah
barang jahat diangkat-angkat
barang suci dibenci

banyak orang berjanji diingkari
banyak orang melanggar sumpahnya sendiri
manusia senang menipu
tidak melaksanakan hukum Allah
barang jahat dipuja-puja
barang suci dibenci

149.
akeh wong ngutamakake royal
lali kamanungsane, lali kebecikane
lali sanak lali kadang
akeh bapa lali anak
akeh anak mundhung biyung
sedulur padha cidra
keluarga padha curiga
kanca dadi mungsuh
manungsa lali asale

banyak orang hamburkan uang
lupa kemanusiaan, lupa kebaikan
lupa sanak saudara
banyak ayah lupa anaknya
banyak anak mengusir ibunya
antar saudara saling berbohong
antar keluarga saling mencurigai
kawan menjadi musuh
manusia lupa akan asal-usulnya

150.
ukuman ratu ora adil
akeh pangkat jahat jahil
kelakuan padha ganjil
sing apik padha kepencil
akarya apik manungsa isin
luwih utama ngapusi

hukuman raja tidak adil
banyak yang berpangkat, jahat dan jahil
tingkah lakunya semua ganjil
yang baik terkucil
berbuat baik manusia malah malu
lebih mengutamakan menipu

151.
wanita nglamar pria
isih bayi padha mbayi
sing pria padha ngasorake drajate dhewe

wanita melamar pria
masih muda sudah beranak
kaum pria merendahkan derajatnya sendiri

Bait 152 sampai dengan 156 tidak ada (hilang dan rusak)

157.
wong golek pangan pindha gabah den interi
sing kebat kliwat, sing kasep kepleset
sing gedhe rame, gawe sing cilik keceklik
sing anggak ketenggak, sing wedi padha mati
nanging sing ngawur padha makmur
sing ngati-ati padha sambat kepati-pati

tingkah laku orang mencari makan seperti gabah ditampi
yang cepat mendapatkan, yang lambat terpeleset
yang besar beramai-ramai membuat yang kecil terjepit
yang angkuh menengadah, yang takut malah mati
namun yang ngawur malah makmur
yang berhati-hati mengeluh setengah mati

158.
cina alang-alang keplantrang dibandhem nggendring
melu Jawa sing padha eling
sing tan eling miling-miling
mlayu-mlayu kaya maling kena tuding
eling mulih padha manjing
akeh wong injir, akeh centhil
sing eman ora keduman
sing keduman ora eman

cina berlindung karena dilempari lari terbirit-birit
ikut orang Jawa yang sadar
yang tidak sadar was-was
berlari-lari bak pencuri yang kena tuduh
yang tetap tinggal dibenci
banyak orang malas, banyak yang genit
yang sayang tidak kebagian
yang dapat bagian tidak sayang

159.
selet-selete yen mbesuk ngancik tutuping tahun
sinungkalan dewa wolu, ngasta manggalaning ratu
bakal ana dewa ngejawantah
apengawak manungsa
apasurya padha bethara Kresna
awatak Baladewa
agegaman trisula wedha
jinejer wolak-waliking zaman
wong nyilih mbalekake,
wong utang mbayar
utang nyawa bayar nyawa
utang wirang nyaur wirang

selambat-lambatnya kelak menjelang tutup tahun
(sinungkalan dewa wolu, ngasta manggalaning ratu)
akan ada dewa tampil
berbadan manusia
berparas seperti Batara Kresna
berwatak seperti Baladewa
bersenjata trisula wedha
tanda datangnya perubahan zaman
orang pinjam mengembalikan,
orang berhutang membayar
hutang nyawa bayar nyawa
hutang malu dibayar malu

160.
sadurunge ana tetenger lintang kemukus lawa
ngalu-ngalu tumanja ana kidul wetan bener
lawase pitung bengi,
parak esuk bener ilange
bethara surya njumedhul
bebarengan sing wis mungkur prihatine manungsa kelantur-lantur
iku tandane putra Bethara Indra wus katon
tumeka ing arcapada ambebantu wong Jawa

sebelumnya ada pertanda bintang pari
panjang sekali tepat di arah Selatan menuju Timur
lamanya tujuh malam
hilangnya menjelang pagi sekali
bersama munculnya Batara Surya
bebarengan dengan hilangnya kesengsaraan manusia yang berlarut-larut
itulah tanda putra Batara Indra sudah nampak
datang di bumi untuk membantu orang Jawa

161.
dunungane ana sikil redi Lawu sisih wetan
wetane bengawan banyu
andhedukuh pindha Raden Gatotkaca
arupa pagupon dara tundha tiga
kaya manungsa angleledha

asalnya dari kaki Gunung Lawu sebelah Timur
sebelah timurnya bengawan
berumah seperti Raden Gatotkaca
berupa rumah merpati susun tiga
seperti manusia yang menggoda

162.
akeh wong dicakot lemut mati
akeh wong dicakot semut sirna
akeh swara aneh tanpa rupa
bala prewangan makhluk halus padha baris, pada rebut benere garis
tan kasat mata, tan arupa
sing madhegani putrane Bethara Indra
agegaman trisula wedha
momongane padha dadi nayaka perang
perange tanpa bala
sakti mandraguna tanpa aji-aji

banyak orang digigit nyamuk,
mati banyak orang digigit semut, mati
banyak suara aneh tanpa rupa
pasukan makhluk halus sama-sama berbaris, berebut garis yang benar
tak kelihatan, tak berbentuk
yang memimpin adalah putra Batara Indra,
bersenjatakan trisula wedha
para asuhannya menjadi perwira perang
jika berperang tanpa pasukan
sakti mandraguna tanpa azimat

163.
apeparap pangeraning prang
tan pokro anggoning nyandhang
ning iya bisa nyembadani ruwet rentenging wong sakpirang-pirang
sing padha nyembah reca ndhaplang,
cina eling seh seh kalih pinaringan sabda hiya gidrang-gidrang

bergelar pangeran perang
kelihatan berpakaian kurang pantas
namun dapat mengatasi keruwetan orang banyak
yang menyembah arca terlentang
cina ingat suhu-suhunya dan memperoleh perintah, lalu melompat ketakutan

164.
putra kinasih swargi kang jumeneng ing gunung Lawu
hiya yayi bethara mukti, hiya krisna, hiya herumukti
mumpuni sakabehing laku
nugel tanah Jawa kaping pindho
ngerahake jin setan
kumara prewangan, para lelembut ke bawah perintah saeko proyo
kinen ambantu manungso Jawa padha asesanti trisula weda
landhepe triniji suci
bener, jejeg, jujur
kadherekake Sabdopalon lan Noyogenggong

putra kesayangan almarhum yang bermukim di Gunung Lawu
yaitu Kyai Batara Mukti, ya Krisna, ya Herumukti
menguasai seluruh ajaran (ngelmu)
memotong tanah Jawa kedua kali
mengerahkan jin dan setan
seluruh makhluk halus berada dibawah perintahnya bersatu padu
membantu manusia Jawa berpedoman pada trisula weda
tajamnya tritunggal nan suci
benar, lurus, jujur
didampingi Sabdopalon dan Noyogenggong

165.
pendhak Sura nguntapa kumara
kang wus katon nembus dosane
kadhepake ngarsaning sang kuasa
isih timur kaceluk wong tuwa
paringane Gatotkaca sayuta

tiap bulan Sura sambutlah kumara
yang sudah tampak menebus dosa
dihadapan sang Maha Kuasa
masih muda sudah dipanggil orang tua
warisannya Gatotkaca sejuta

166.
idune idu geni
sabdane malati
sing mbregendhul mesti mati
ora tuwo, enom padha dene bayi
wong ora ndayani nyuwun apa bae mesthi sembada
garis sabda ora gentalan dina,
beja-bejane sing yakin lan tuhu setya sabdanira
tan karsa sinuyudan wong sak tanah Jawa
nanging inung pilih-pilih sapa

ludahnya ludah api
sabdanya sakti (terbukti)
yang membantah pasti mati
orang tua, muda maupun bayi
orang yang tidak berdaya minta apa saja pasti terpenuhi
garis sabdanya tidak akan lama
beruntunglah bagi yang yakin dan percaya serta menaati sabdanya
tidak mau dihormati orang se tanah Jawa
tetapi hanya memilih beberapa saja

167.
waskita pindha dewa
bisa nyumurupi lahire mbahira, buyutira, canggahira
pindha lahir bareng sadina
ora bisa diapusi marga bisa maca ati
wasis, wegig, waskita,
ngerti sakdurunge winarah
bisa pirsa mbah-mbahira
angawuningani jantraning zaman Jawa
ngerti garise siji-sijining umat
Tan kewran sasuruping zaman

pandai meramal seperti dewa
dapat mengetahui lahirnya kakek, buyut dan canggah anda
seolah-olah lahir di waktu yang sama
tidak bisa ditipu karena dapat membaca isi hati
bijak, cermat dan sakti
mengerti sebelum sesuatu terjadi
mengetahui leluhur anda
memahami putaran roda zaman Jawa
mengerti garis hidup setiap umat
tidak khawatir tertelan zaman

168.
mula den upadinen sinatriya iku
wus tan abapa, tan bibi, lola
awus aputus weda Jawa
mung angandelake trisula
landheping trisula pucuk
gegawe pati utawa utang nyawa
sing tengah sirik gawe kapitunaning liyan
sing pinggir-pinggir tolak colong njupuk winanda

oleh sebab itu carilah satria itu
yatim piatu, tak bersanak saudara
sudah lulus weda Jawa
hanya berpedoman trisula
ujung trisulanya sangat tajam
membawa maut atau utang nyawa
yang tengah pantang berbuat merugikan orang lain
yang di kiri dan kanan menolak pencurian dan kejahatan

169.
sirik den wenehi
ati malati bisa kesiku
senenge anggodha anjejaluk cara nistha
ngertiyo yen iku coba
aja kaino
ana beja-bejane sing den pundhuti
ateges jantrane kaemong sira sebrayat

pantang bila diberi
hati mati dapat terkena kutukan
senang menggoda dan minta secara nista
ketahuilah bahwa itu hanya ujian
jangan dihina
ada keuntungan bagi yang dimintai
artinya dilindungi anda sekeluarga

170.
ing ngarsa Begawan
dudu pandhita sinebut pandhita
dudu dewa sinebut dewa
kaya dene manungsa
dudu seje daya kajawaake kanti jlentreh
gawang-gawang terang ndrandhang

di hadapan Begawan
bukan pendeta disebut pendeta
bukan dewa disebut dewa
namun manusia biasa
bukan kekuatan lain diterangkan jelas
bayang-bayang menjadi terang benderang

171.
aja gumun, aja ngungun
hiya iku putrane Bethara Indra
kang pambayun tur isih kuwasa nundhung setan
tumurune tirta brajamusti pisah kaya ngundhuh
hiya siji iki kang bisa paring pituduh
marang jarwane jangka kalaningsun
tan kena den apusi
marga bisa manjing jroning ati
ana manungso kaiden ketemu
uga ana jalma sing durung mangsane
aja sirik aja gela
iku dudu wektunira
nganggo simbol ratu tanpa makutha
mula sing menangi enggala den leluri
aja kongsi zaman kendhata madhepa den marikelu
beja-bejane anak putu

jangan heran, jangan bingung
itulah putranya Batara Indra
yang sulung dan masih kuasa mengusir setan
turunnya air brajamusti pecah memercik
hanya satu ini yang dapat memberi petunjuk
tentang arti dan makna ramalan saya
tidak bisa ditipu
karena dapat masuk ke dalam hati
ada manusia yang bisa bertemu
tapi ada manusia yang belum saatnya
jangan iri dan kecewa
itu bukan waktu anda
memakai lambang ratu tanpa mahkota
sebab itu yang menjumpai segeralah menghormati,
jangan sampai terputus, menghadaplah dengan patuh
keberuntungan ada di anak cucu

172.
iki dalan kanggo sing eling lan waspada
ing zaman kalabendu Jawa
aja nglarang dalem ngleluri wong apengawak dewa
cures ludhes saka braja jelma kumara
aja-aja kleru pandhita samusana
larinen pandhita asenjata trisula wedha
iku hiya pinaringaning dewa

inilah jalan bagi yang ingat dan waspada
pada zaman kalabendu Jawa
jangan melarang dalam menghormati orang berupa dewa
yang menghalangi akan sirna seluruh keluarga
jangan keliru mencari dewa
carilah dewa bersenjata trisula wedha
itulah pemberian dewa

173.
nglurug tanpa bala
yen menang tan ngasorake liyan
para kawula padha suka-suka
marga adiling pangeran wus teka
ratune nyembah kawula
angagem trisula wedha
para pandhita hiya padha muja
hiya iku momongane kaki Sabdopalon
sing wis adu wirang nanging kondhang
genaha kacetha kanthi njingglang
nora ana wong ngresula kurang
hiya iku tandane kalabendu wis minger
centi wektu jejering kalamukti
andayani indering jagad raya
padha asung bhekti

menyerang tanpa pasukan
bila menang tak menghina yang lain
rakyat bersuka ria
karena keadilan Yang Kuasa telah tiba
raja menyembah rakyat
bersenjatakan trisula wedha
para pendeta juga pada memuja
itulah asuhannya Sabdopalon
yang sudah menanggung malu tetapi termasyhur
segalanya tampak terang benderang
tak ada yang mengeluh kekurangan
itulah tanda zaman kalabendu telah usai
berganti zaman penuh kemuliaan
memperkokoh tatanan jagad raya
semuanya menaruh rasa hormat yang tinggi.


Putra Bani Tamim (Satrio Piningit) Adalah Perintis Jalan Bagi Kedatangan Imam Mahdi


Hari ini, bukan sahaja umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang membincangkan tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang lain dari apa yang ada sekarang ini. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf dunia.
Sebenarnya, perasaan itu adalah rahmat dari Tuhan untuk memudahkan orang Tuhan berjuang. Untuk menyedarkan manusia menuju ke arah perjuangan yang membawa kasih sayang dan keamanan. Kalau Tuhan tidak melakukan perubahan-perubahan perasaan itu maka sangat sulitlah bagi kita untuk berjuang hari ini. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali apabila rasul-rasul hendak datang maka manusia mengalami peurbahan-perubahan perasaan itu. Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah.
Sebelum kedatangan Rasulullah, hati-hati manusia seperti sudah meminta kedatangan rasul. Begitulah watak manusia menunggu di waktu zaman kedatangan pemimpin yang ditunjuk Allah. Rupanya watak itu berulang di dunia ini sekarang. Sebab itu orang yang tidak masuk Islam pun apabila mereka mendengar kebenaran merasa senang hati. Apabila mereka lihat satu kelompok yang berkasih sayang, mudah saja mengikuti. Mereka tidak prejudis kepada siapa yang membawa dan memperjuangkannya. Sekalipun bukan dari bangsa dan agamanya.
Satu kebangkitan menurut lidah Rasulullah yang bertaraf dunia akan berlaku. Ertinya dunia kita pun ada harapan untuk bertemu dengan dunia yang penuh dengan keadilan dan keamananan. Walaupun di dunia yang bangsa-bangsanya sudah memerlukan satu keadilan dan kasih sayang namun ia tetap memerlukan satu sistem alternatif. Maka pada kali ini adalah giliran Islam. Banyak sekali hadits-hadits yang meriwayatkan tentang Putra Bani Tamim dan Imamul Mahdi, lengkapnya silakan klik disini. Beberapa diantara hadits-hadits tersebut adalah sebagai berikut:

Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.( Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Kebangkitan yang bertaraf dunia itu akan dipimpin oleh Imam Mahdi dan ianya akan bermula dari Timur sebagaimana yang disebutkan dalam hadis rasulullah SAW :
Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah.
Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”.
Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

Tetapi bagi umat Islam, tidak dapat menjadi tapak kebangkitan itu walaupun berkeinginan ke arah itu. Walaupun inginkan perubahan tetapi mereka masih bingung dan tercari-cari. Tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Kalau dilakukan juga, kita sudah melihat hasilnya. Ada yang menjadi militan, ada yang beku dan jumud, ada yang pergi ke pondok atau pesantren dan sebagainya. Kerajaan sudah mula bimbang kerana orang ramai hendak menghantar anak mereka ke institusi agama.
Tetapi bagi satu kelompok yang sudah dipilih Tuhan, samada pemimpinnya ataupun pengikut-pengikutnya, mereka tidak susah lagi mencari-cari. Seolah-olah di hadapannya sudah nampak rekabentuknya (design) dan nampak gambarannya. Seolah-olah rangka rumah sudah nampak cuma hendak dibangunkan saja menjadi rumah. Apabila terjadi hal begitu kepada kelompok tersebut maka itulah kelompok pilihan Tuhan. Sebab itu, bagi orang lain yang sedang tercari-cari itu, tidak usahlah hendak melakukannya sendiri kalau tidak dianugerahkan Tuhan. Lebih baik dicari saja kelompok yang telah Rasulullah gambarkan yaitu yang menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek kehidupannya : dalam diri, keluarga, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, dakwah, perhubungan, sains dan teknologi dan sebagainya. Selain itu perjuangan mereka tidak dapat dimudaratkan atau dihancurkan oleh musuh-musuh kebenaran sekalipun musuh-musuh itu sangat berusaha menghancurkannya.

Rasulullah SAW bersabda :
" Senantiasa ada suatu thoifah (jamaah) yang sanggup menzahirkan kebenaran dan tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat)."

Sebenarnya, orang yang Tuhan janjikan bahawa di tangannyalah kebangkitan itu berlaku, perjuangannya menjadi sangat indah dan jelas walaupun berhadapan dengan ujian. Kaedahnya (Method) jelas. Mari kita gambarkan dengan lebih luas lagi tentang corak (patern) kebangkitan Islam di akhir zaman itu.
Tuhan telah menyimpan 3 orang pemimpin, iaitu pemimpin besarnya:
(Pemuda) Putra Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa. Dua orang disimpan oleh Tuhan iaitu Nabi Isa yang dinaikkan ke langit dan Imam Mahdi yang dighaibkan. Kita pun tidak tahu di mana mereka. Hanya Putra Bani Tamim tidak dighaibkan Yang disimpan itu cuma seolah-olah dighaibkan sebab payah hendak dikenali orang. Ini adalah hikmah dari Tuhan supaya musuh jangan cepat mengesan. Padahal mereka sedang bergelanggang dan berjuang. Kalau dapat dipastikan oleh musuh, mereka tetap diselamatkan kerana janji Tuhan tetapi anak buah tidak akan tahan kerana akan dibelasah teruk.
Itulah hikmahnya walaupun mereka tidak disimpan tetapi seolah-olah disimpan. Tuhan kelabukan mata gerakan-gerakan Islam yang lain. Supaya keadaa lebih riuh-rendah lagi. Tiap-tiap hari disogok dengn berita-berita di ruang-ruang akhbar iaitu gerakan Islam yang bersifat politik, gerakan Islam yang bersifat militan, begitu juga gerakan Islam yang jumud dan yang beku. Sementara itu, pemimpin yang Tuhan janjikan terlindung dari masyarakat.

Tentang kegemilangan Islam dan Imam Mahdi ini, Rasulullah SAW bersabda :
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman”.

Dan abu Nu'aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya :
“Al Mahdi daripada kami Ahlul bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan, seperti dia dipenuhi kezaliman”.

Dan telah mengeluarkan Abu N'aim dan Al Khatib dalam Talkhis Al mutasyabih dari ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW :
“Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru : Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia”.

Putera Bani Tamim dari Timur Perintis Jalan Bagi Imam Mahdi
Sesuai dengan janji Allah ini dan bukti-bukti nyata, maka Islamlah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empire, dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagai mana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para sahabat (QS Ar Rum 2-4).
" Jalannya adalah melalui taqwa. Dahulu umat Islam dapat menang dari Rom dan Parsi (2 super power dunia pada saat itu) dengan kekuatan taqwa. Sekarang dengan kekuatan taqwa pulalah Barat akan ditumbangkan. Allah akan membantu orang yang bertaqwa "(QS Al Jaasiah 19).
Ini bukan hayalan, tetapi janji Allah yang telah dan akan terjadi lagi. Asalkan syaratnya dipenuhi.
“Dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan amal soleh, bahwa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka”. (QS An Nur : 55)
Dalam kebangkitan yang akan dipimpin oleh Imam Mahdi itu, ada seorang besar Tuhan yang akan mempersiapkan jalan bagi Imam Mahdi, dalam hadis disebut Putera Bani Tamim. Ia berasal dari Timur dan mempersiapkan tapak kegemilangan itu juga di bumi sebelah Timur yang banyak ulama yakin, itulah Malaysia dan Indonesia.

Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

Dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim dari pada Tsauban, telah bersabda Rasulullah SAW :
“Akan datang panji panji hitam dari timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mereka dan berbailah kepada mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Harats bin Juzu' Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW
“Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

Telah bersabda Rasulullah SAW
“Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.” (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Dari hadist- hadist di atas jelaslah bahwa tapak kebangkitan Islam di Timur dibangunkan oleh seorang Pemuda dari Bani Tamim dikenal juga dengan sebutan Putera Bani Tamim. Ia akan berjuang membangun sebuah jemaah model yang syumul yang akan menjadi tapak bagi kebangkitan itu. Bani Tamim adalah salah satu cabang dari kabilah Quraisy. Pemuda inilah yang kan menyerahkan kekuasaan (panji-panji hitam) kepada Al Mahdi. Dengan kata lain perjuangannya dan perjuangan Al Mahdi berkait erat dan sambung-menyambung.
Putera Bani Tamim ibarat stop kontak (switch), sedangkan Imam Mahdi sebagai lampunya. Apabila stop kontak tidak ditekan, maka lampu tidak akan menyala. Artinya Imam Mahdi belum akan zahir bila Putera Bani Tamim belum membuat tapaknya atau belum mendapatkan daulah di satu negara di Timur. Kemungkinan besar negara islam yang akan didapat oleh Putera Bani Tamim itu adalah malaysia. Kalau diibaratkan membangun rumah, Putera Bani Tamim adalah orang yang membangun pondasinya. Untuk membangun rumah yang kokoh, tentulah pondasi harus kuat. Imam Mahdi bertugas membangun rumah tersebut, melengkapinya dengan dinding, atap, pintu, jendela lantai dsb.
Mengingat besarnya peranan pemuda Bani Tamim sebagai perintis jalan Imam Mahdi, dan semakin dekatnya kegemilangan Islam tersebut, tentulah Putera Bani Tamim itu sudah ada bahkan sudah hampir menyelesaikan pembangunan tapaknya. Tentulah ia berada di Timur (Asia tenggara?). Diantara ciri jamaahnya adalah : menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan manusia mulai dari diri, keluarga, ekonomi, teknologi, kebudayan, pendidikandan lain lain serta jamaah itu tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka hinggalah datang ketentuan Allah (hari kiamat).